fbpx

Selangor tiada kuasa lucut hak pesalah pencemaran sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM- Kerajaan negeri Selangor mengakui tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman sebat atau lucut hak terhadap syarikat mencemari sungai di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dua hukuman tersebut tidak termaktub di dalam Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 1999.

“Kita hanya ada Enakmen LUAS 1999, tapi bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebenarnya mempunyai bidang kuasa jauh lebih luas,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Dialog Belanjawan negeri Selangor 2021 di Pusat Perdagangan Setia Alam, di sini.

Beliau menambah, tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak dan sedang menunggu hasil siasatan daripada pihak berkaitan.

Amirudin menjelaskan pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Saya kini sedang fokus dari segi cara pemantauan yang hendak kita lakukan di kawasan terbabit dan aspek penguatkuasaan yang boleh kita lakukan sekiranya kejadian sama berulang,” tegasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI