fbpx

Program kewangan Perintis bantu vendor, sub-kontraktor TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Telekom Malaysia Bhd. (TM) bekerjasama dengan 14 buah institusi kewa­ngan untuk mewujudkan program kewangan vendor, Perintis yang menyediakan pembiayaan sehingga RM10 juta buat vendor dan sub-kontraktor TM.
Program tersebut adalah untuk menyediakan sokongan kewangan fleksibel dan mudah kepada rakan vendor TM bagi mempertingkatkan keupayaan serta daya maju mereka.
TM kini memiliki kira-kira 9,000 vendor tempatan yang mana 80 peratus daripadanya tergolong dalam perusahaan kecil dan sederhana.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, di bawah program tersebut, rakan vendor TM bakal menerima kadar faedah pembiayaan yang kompetitif antara tiga hingga empat peratus setahun.
“Ini lebih rendah berbanding kadar di luar sana, iaitu kira-kira enam peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang diadakan di Pusat Konvensyen TM di sini semalam selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman antara TM de­ngan 14 institusi kewangan terlibat.

 

Turut hadir Menteri Pemba­ngunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi TM, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.
Institusi kewangan terlibat dalam program Perintis adalah Bank Islam Malaysia Bhd., Maybank Islamic Bhd., CIMB Bank Bhd., Bank Muamalat Malaysia Bhd., RHB Islamic Bank Bhd., United Overseas Bank (Malaysia) Bhd., HSBC Bank Malaysia Bhd. dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd.
Institusi lain adalah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd., Perbadanan Usahawan Nasional Bhd., PMB Tijari Bhd., Bay Group Holdings Sdn. Bhd., Commerze Capital Sdn. Bhd. dan El-Nuwr Capital Sdn. Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI