fbpx

Langkah penyimpanan air berlebihan, sukarkan proses pemulihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

KUALA LUMPUR – Sebanyak 55 kawasan yang sepatutnya menerima bekalan air bermula pada pukul 12 tengah malam tadi masih belum menerimanya disebabkan penyimpanan air yang berlebihan oleh pengguna di kawasan yang mula menerima bekalan air.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, pengurusan Air Selangor menasihatkan pengguna agar tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan.

“Secara keseluruhan, kira-kira 75.31 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu telah pulih sepenuhnya.

“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Elina memberitahu, kawasan Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya daripada gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan 100 peratus.

“Disusuli dengan kawasan Kuala Selangor (99.25%), Petaling (92.43%), Gombak (76.64%), Kuala Lumpur (52.63%), Kuala Langat (50%) dan Klang/Shah Alam (38.42%),” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga menasihatkan para pengguna bagi mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran-saluran interaksi Air Selangor dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berkaitan dengan ini.

“Para pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi media sosial Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air.

“Pihak kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarkan mesej tidak sahih bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI