fbpx

973 kawasan telah pulih – Air Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR SELANGOR

KUALA LUMPUR – Setakat pukul 12.30 tengah hari ini, sebanyak 973 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada masalah bekalan itu manakala 319 kawasan pula masih lagi dalam proses pemulihan

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, kira-kira 75.31 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ituu telah pulih sepenuhnya.

“Terdapat 55 kawasan lagi masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan kumpulan 1 yang sepatut pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam pada 7 September (hari ini).

“Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan-kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter rasmi Air Selangor hari ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI