fbpx

Peluang Pogba tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA tetap memiliki keistimewaan tersendiri biarpun United berjaya mendapatkan Van De Beek. – AFP

MANCHESTER – Bekas jurulatih Manchester United, Rene Meulensteen percaya keha­diran pemain tengah baharu, Donny Van De Beek tidak menjejaskan status Paul Pogba sebagai tonggak penting kese­belasan utama The Red Devils musim depan.

Kata Meulensteen, Pogba memiliki kualiti tersendiri yang tidak dimiliki oleh Van De Beek dan pemain tengah, Bruno Fernandes, sekali gus memudahkan percaturan pengurus pasukan, Ole Gunnar Solskjaer.

“Mungkin ada peminat yang meragui kebolehan Pogba, Donny dan Fernandes untuk bermain bersama di atas satu padang memandangkan mereka merupakan pemain tengah yang gemar untuk menyerang.

“Namun, ia tidak akan berlaku di bawah bimbingan Solskjaer kerana saya pasti beliau sudah mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan salah seorang daripada mereka beraksi secara bertahan.

“Saya dapat lihat Pogba sebagai calon sesuai kerana dia seorang pemain yang serba boleh. Justeru, tiada alasan untuknya berhijrah ke pasukan lain memandangkan dia adalah tonggak utama serta pemain paling berpengaruh di United sejak beberapa musim lepas,” katanya.

The Red Devils telah melengkapkan perpindahan pertama jendela antarabangsa musim ini selepas menandatangani Van De Beek daripada Ajax Amsterdam selepas mengeluarkan dana berjumlah £35 juta (RM192.7 juta).

Fernandes pula telah dianggap sebagai hero baharu buat United selepas berhijrah daripada Sporting Lisbon pada Ja­nuari lepas dengan membantu pasukan melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara Eropah musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI