fbpx
Gambar hiasan.

Gengster kuasai pagar perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kegiatan kongsi gelap kini mula menguasai perkhidmatan kawalan ke­selamatan di kawasan perumahan selepas kumpulan gengster itu dikatakan telah mengambil alih dan memonoli perkhidmatan tersebut di Lembah Klang.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hasil maklumat dan risikan pihaknya yang mendapati ada pemaju perumahan terikat dengan kontrak pengawal keselamatan haram ekoran diugut oleh gengster-gengster tertentu.

“Kumpulan kongsi gelap tersebut mengaut keuntungan apabila syarikat haram mereka dilantik bagi menyelia pengawal keselamatan yang tidak bertauliah.

“Elemen kongsi gelap ini terus wujud dalam negara kita dan penglibatan mereka dalam dadah, kelab malam, pusat judi sudah biasa tetapi kini mereka sudah menye­rap masuk dalam per­khidmatan pengawal ke­selamatan dan ini memberi impak pada imej perkhidmatan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Ahad ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Abdul Hamid, pihak­nya tidak mahu kumpulan kongsi gelap bersaing dengan syarikat keselamatan yang sah.

Jelasnya, persaingan itu akan membuatkan syarikat keselamatan berdaftar terpaksa berundur bukan saja atas alasan takut tetapi kos yang ditawarkan kepada pemaju perumahan lebih rendah kerana tidak perlu bayar gaji tinggi mahupun levi pekerja asing.

“Mereka (pengawal keselamatan) yang digajikan oleh gengster terdiri daripada penagih, bekas banduan dan orang yang dikehendaki polis, jadi di situ mereka sudah jimat kos.

“Sebagai contoh seorang pe­ngawal keselamatan dibayar gaji RM120 hingga RM150 tetapi dapat pengawal yang ada rekod jenayah,” ujarnya.

Katanya, arahan telah dikeluarkan kepada jabatan pencegahan jenayah untuk menyemak semula semua syarikat pengawal keselamatan di taman perumahan.

“Saya sudah beri arahan dan kita nak tengok siapa mereka ini sebab saya difahamkan ba­nyak antaranya syarikat haram,” ­katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN