fbpx

Gambar berurut Bella Astillah dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA ASTILLAH

RAMAI yang tahu bahawa isteri Aliff Aziz baru sahaja melahirkan anak dua bulan lalu.

Jadi, sebagai ibu yang melahirkan anak, pasti akan melakukan urutan selepas bersalin.

Sama juga dengan Bella Astillah yang turut melakukan sesi urutan dengan bidan.

Namun, apa yang tidak manisnya, kecaman yang berlaku apabila Bela berkongsi foto sedang berurut menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

GAMBAR Bella sedang berurut yang menjadi kecaman netizen.

Foto itu memaparkan Bella dalam keadaan berkemban dan meniarap dengan badan ditutup dengan kain batik berwarna ungu.

Rata-rata netizen berpendapat gambar itu tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum kerana khuatir mengundang fitnah.

Ramai juga yang menulis komen berbaur kecaman dan mempersoalkan mengapa Bella tidak segan silu berkongsi foto yang menampakkan aurat sebegitu rupa.

Diva pun rasa gambar tersebut tidak manis dikongsikan. Tetapi mungkin bagi Bella, gambar itu tiada sebarang isu.

Sebenarnya foto itu dikongsikan Bella untuk meraikan tempoh berpantangnya yang telah tamat.

Tak apalah, kalau sudah tuan punya badan rasa okey, Mizz Lahar pun ikutkan saja. Cuma kalau gambar tersebut disalah guna oleh pihak yang jahat, jangan marah pula ya.

DIVA: Sweetnya cara Intan Ladyana ucapkan selamat hari lahir kepada kekasihnya Harris Alif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI