fbpx

227 individu dikompaun tidak patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serbuan di tiga pusat hiburan di Kelana Jaya, Damansara serta Petaling Jaya mendapati pengunjung tidak mengamalkan penjarakan sosial seperti yang telah diarahkan oleh kerajaan.

PETALING JAYA – Seramai 227 individu dikenakan kompaun selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial di tiga buah premis pusat hiburan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketiga-tiga pusat hiburan di Kelana Jaya, Damansara serta Petaling Jaya itu diserbu dalam Ops Noda susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Pemeriksaan yang dilakukan di ketiga-tiga pusat hiburan itu mendapati pengunjung yang hadir tidak mematuhi sop yang telah ditetapkan dan pihak polis seterusnya mengenakan kompaun kepada 227 individu.

“Kompaun dikeluarkan kepada pengunjung setelah didapati melanggar peraturan di bawah Akta Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)(No.2)(Pindaan)2020,” tegas beliau.

Tambah Nik Ezanee, pihak polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis serta empat pekerja warga asing.

“Semakan yang dilakukan mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen perniagaan termasuk menjual minuman keras tanpa lesen dan menggaji pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah.

“Susulan itu, pihak polis telah merampas sebuah komputer riba, sebuah mesin pembancuh termasuk 15 botol arak pelbagai jenama,” tegas beliau.

Tambah Nik Ezanee, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan terus memantau dan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang tidak mematuhi peraturan sepanjang perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI