fbpx

Kekasih ditahan bersama 214kg ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOON KENG (tengah) menunjukan rampasan 220 ketulan dadah jenis ganja seberat 214kg pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah. FOTO ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR

TAPAH – Satu sindiket dadah tempatan tumpas selepas polis menahan sepasang kekasih dalam satu serbuan di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah arah selatan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini kelmarin.

Dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman kira-kira pada pukul 10.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 47 dan 32 tahun itu ditahan ketika sedang berhenti di R&R tersebut dipercayai untuk berehat.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, kedua-dua mereka ketika itu sedang dalam perjalanan dari utara tanah air menuju ke selatan dipercayai ke Lembah Klang.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dinaiki kedua-dua suspek menemui lapan guni putih yang mengandungi 220 ketulan mampat dadah jenis methamphethamine seberat 214.2 kilogram.

“Mereka berdua kemudian ditahan sebelum dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di IPD Tapah di sini hari ini.

Tambah Boon Keng, siasatan mendapati sindiket tersebut telah aktif sejak dua bulan lalu dan menjalankan aktiviti pengedaran dadah berkenaan untuk pasaran Lembah Klang.

“Dadah yang dirampas dipercayai diambil dari negara jiran dengan nilai rampasan Rm535,525 dan boleh digunakan lebih 140,000 penagih.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang lain,” katanya.

Katanya, ujian air kencing terhadap mereka berdua mendapati mereka positif dadah jenis methampethamine dan semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala suspek wanita mempunyai satu rekod berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek yang tiada pekerjaan tetap itu kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 9 September depan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mandatori iaitu gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI