fbpx

PATI pecah masuk masjid, surau diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga Myanmar disyaki melakukan jenayah pecah masuk masjid, surau dan rumah di sekitar Chukai diberkas polis semalam.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Seorang buruh binaan warga Myanmar yang dipercayai aktif melakukan jenayah pecah masuk masjid, surau dan rumah di sekitar Chukai di sini diberkas polis semalam.

Lelaki berusia 23 tahun yang disyaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) itu diberkas di dalam sebuah premis di Kampung Gong Pauh di sini pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, serbuan di premis tersebut menemui sebuah basikal, beg, baju kemeja, kain pelikat dan wang tunai yang di percayai barangan dicuri suspek.

“Setakat ini, lelaki berkenaan yang disoal siasat mengaku memecah masuk Surau Kampung Jabor Kubur, Masjid Mak Chili dan beberapa buah rumah turut dihuni warga asing di Kampung Gong Pauh, Chukai di sini.

“Dia mendakwa melakukan jenayah itu bersama dua lelaki warga asing lain sejak dua bulan lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, lelaki berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, manakala ujian urinnya pula mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.

Beliau berkata, suspek ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI