fbpx

Kawasan perindustrian Sungai Gong disyaki punca pencemaran bau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai LUAS sedang membuat ujian bau ke atas sampel yang diambil.

SHAH ALAM – Pencemaran bau di Sungai Selangor sehingga mengakibatkan tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air disyaki berpunca daripada kawasan premis perindustrian di kawasan Sungai Gong.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah menjalankan pensampelan bau di kawasan tersebut yang disyaki melepaskan bau seakan pelarut ke dalam sungai.

Katanya, bau sehingga tiga ton dikesan di muka sauk loji pembersihan air (LPA) Rantau Panjang kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Sungai Gong adalah anak sungai kepada Sungai Sembah yang merupakan anak sungai utama Sungai Selangor yang terletak pada jarak 17 kilometer ke LPA Rantau Panjang.

“Siasatan lanjut masih sedang dijalankan LUAS dan Air Selangor serta agensi-agensi terlibat,” katanya.

Mengulas lanjut, LUAS memberitahu telah mengaktifkan Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) Bestari Jaya sehingga 400 juta liter/hari (JLH).

“Ini bagi tujuan meningkatkan faktor pencairan dan pelepasan air Empangan Sungai Tinggi 500 JLH serta menaikkan satu pintu sungai di Baraj Bestari Jaya bagi tujuan meningkatkan aliran ke hilir sungai,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI