fbpx
AKID membuktikan kehebatannya apabila tampil terpantas pada sesi latihan bebas pertama dengan catatan masa 1 minit 15.587s pada kelajuan 124 kilometer sejam di Litar Sepang Selatan semalam.

Akid teruskan rentak cemerlang di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JUARA Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020, Mohd. Akid Aziz meneruskan rentak cemerlang apabila muncul selaku pelumba terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Litar Sepang Selatan semalam.

Pelumba pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor itu merekodkan masa 1 minit 15.596 saat (s) sepusingan di litar sepanjang 2.6 kilometer itu.

Ia membuktikan prestasi jentera Yamaha yang ditunggangnya semakin mendapat pelarasan stabil, sekali gus memudahkan misinya memburu kemenangan podium kedua musim ini.

Pada sebelah pagi, Akid turut membuktikan kecemerlangannya apabila tampil terpantas ketika mengharungi sesi latihan bebas pertama dengan catatan masa 1 minit 15.587s pada kelajuan 124 kilometer sejam.

“Saya berharap semuanya berjalan lancar bagi menghadapi perlumbaan esok (hari ini). Setakat ini, keadaan jentera nampak stabil dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk melakukan yang terbaik,” jelas pelumba berasal dari Kuala Lumpur itu.

Akid akan memulakan misi dengan sesi superpole hari ini sebelum mengharungi perlumbaan akhir pada sebelah petang.

POPULAR