fbpx

33 buah bas diberi penjenamaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin (kiri) merasmikan sebahagian bas perantara LRT yang baharu di LRT Sri Rampai.

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus), anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi penjenamaan baharu kepada 33 buah bas perantara Transit Aliran Ringan (LRT).

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ianya merupakan satu projek perintis bagi meningkatkan jumlah penumpang.

“Sebanyak 33 buah bas tersebut yang mampu memuatkan seramai 67 orang penumpang pada satu masa, akan beroperasi sepanjang 10 laluan stesen LRT.

“Penyusunan semula 3 laluan bagi T221 (Stesen LRT Sri Rampai), T250 (Stesen LRT Wangsa Maju), T223 (Stesen LRT Setiawangsa) akan ditukar untuk kemudahan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian setelah melancarkan Majlis Pelancaran Wajah Baharu Bas Perantara LRT di Stesen LRT Sri Rampai hari ini.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, orang ramai boleh menggunakan kemudahan perkhidmatan bas tersebut pada harga RM1. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI