fbpx

Tiga parah kerana lopak air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua pacuan empat roda yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Lintas-Kepayan berhampiran Cyber City, Kota Kinabalu hari ini.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Tiga parah manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua pacuan empat roda di Jalan Lintas-Kepayan berhampiran Cyber City di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, kenderaan jenis Isuzu D Max dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Zico Sulaiman, 37, bersama dua penumpang lain berusia 18 dan 19 tahun.

Manakala sebuah lagi pacuan empat roda jenis Toyota Hilux pula, dipandu seorang lelaki dikenali sebagai Ferdaus, berusia 30-an bersama seorang penumpang.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan mendapati kenderaan Toyota Hilux dipercayai hilang kawalan ekoran terlanggar takungan air yang ada di atas jalan raya.

Katanya, pacuan empat roda itu dikatakan terbabas sebelum bertembung dengan Isuzu D Max di lorong bertentangan.

“Pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan namun seorang penumpang kenderaan itu cedera di bahagian kaki kiri.

“Pemandu Isuzu D Max bersama dua orang penumpang pula parah dan kini masih mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, siasatan juga menunjukkan punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu Toyota Hilux kerana cuai dan gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga mengakibatkan kemalangan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada keadaan jalan yang basah susulan cuaca hujan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI