fbpx

9,490 dirayu jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Seramai 9,490 orang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (Temco) di Amanjaya, Kedah masih belum menjalani ujian saringan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun jumlah anggaran itu masih dalam semakan, namun pihak kementerian merayu agar mereka tampil segera ke pusat saringan yang disediakan.

Katanya, setakat ini, seramai 12,870 individu telah disaring di kawasan PKPD Temco Amanjaya membabitkan Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur.

“Daripada jumlah itu, satu kes dikesan positif, 182 individu masih menunggu keputusan dan baki seramai 12,687 individu didapati negatif,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI