fbpx

Polis buru dua penjenayah guna 125Z biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Polis memburu dua lelaki yang bergiat aktif meragut dan menyamun pejalan kaki menggunakan motosikal Yamaha 125Z di sekitar Sentosa dan Bukit Tinggi di sini, sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kedua-dua suspek berusia 20 hingga 30-an terlibat dalam lima kes dengan nilai kerugian dianggarkan RM10,000.

Katanya, hasil siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek itu bertubuh kurus dan dipercayai
menggunakan pelitup muka bagi mengelak diri  dikenali.

“Mereka akan meragut menggunakan Yamaha 125Z berwarna biru dengan menyasarkan barang kemas termasuk mangsa lelaki.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sama ada mereka mempunyai kaitan antara satu sama lain atau bergerak secara sendirian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat penugasan Op Cegah Jenayah Bersepadu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Shamsul Amar meminta orang ramai supaya tampil menyalurkan sebarang maklumat kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.

“Sentosa dan Bukit Tinggi antara lokasi panas yang menjadi tumpuan bagi Op Cegah Jenayah Bersepadu dijalankan pihaknya bermula hari ini.

“Operasi khas yang dijalankan di sekitar daerah ini bertujuan menurunkan kadar jenayah semasa terutama melibatkan kes samun, pecah rumah dan curi kenderaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI