fbpx

Ibu jari tersepit mesin jahit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan ibu jari kiri mangsa yang tersepit pada mesin jahit dalam kejadian yang berlaku di Persiaran Chepor Indah, Meru Raya, Ipoh hari ini.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Seorang wanita berusia 46 tahun cedera pada ibu jari kiri akibat tersepit mesin jahit di sebuah rumah di Persiaran Chepor Indah, Meru Raya di sini hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Rosdi Mohd. Radzi berkata, wanita itu dikatakan sedang menjahit tempahan baju ketika kejadian berlaku pada pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.53 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Wanita itu dipercayai cuba membetulkan jarum sebelum memasukkan jarinya pada bahagian tersebut yang terletak di bawah mesin jahit tetapi tiba-tiba ibu jari kirinya tersepit menyebabkan wanita itu kesakitan.

“Kerja menyelamat dijalankan segera menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan ibu jari yang tersepit yang mengambil masa kira-kira lima minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 11.13 pagi.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI