fbpx

5,262 keluarga terima bantuan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi (tiga dari kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan Kelab Rotary Alor Setar kepada HSB di Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Oleh MOHD RAFIE AZIMI

ALOR SETAR – Sebanyak 5,262 keluarga di Ambangan Heights, Amanjaya di Sungai Petani dekat sini akan menerima sumbangan bekalan makanan yang diuruskan kerajaan negeri dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan.

Semua keluarga tersebut kini dalam arahan kuarantin di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pengagihan bekalan makanan itu akan diserahkan secara berperingkat bagi meringankan beban ditanggung keluarga terlibat.

Kata beliau, setakat ini sebanyak 2,100 keluarga telah menerima bantuan tersebut yang diselaraskan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Kuala Muda.

“Di pihak kerajaan negeri, kita akan memastikan semua keluarga yang terlibat dengan PKPD Temco di Amanjaya mendapat bekalan makanan secukupnya.

“Bantuan akan diberikan kepada 5,262 ketua keluarga terlibat, walau bagaimanapun kita masih mengalu-alukan sumbangan daripada pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima sumbangan berupa 50 kerusi roda serta tujuh pemeriksa suhu digital sumbangan Kelab Rotary Alor Setar untuk diserahkan kepada Hospital Sultanah Bahiyah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Fikri Ujang; Gabenor Daerah Rotary Antarabangsa, Teoh Kwan Swee serta Presiden Kelab Rotary Alor Setar, Wan Mohd Ebrahem.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI