fbpx
Sufian

Sufian Suhaimi pergi kursus kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa sekiranya sudah sampai jodoh, penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan sudah pun mengikuti kursus pra-perkahwinan sebagai persediaan awal.

Ujar pelantun lagu Di Matamu itu, meskipun belum mempunyai calon isteri, namun dia sentiasa berdoa agar dipertemukan jodoh memandangkan keluarganya juga sudah memberi lampu hijau untuk dia mendirikan rumah tangga.

“Saya sentiasa bersedia untuk berkahwin, bila-bila masa sahaja. Meskipun sekarang saya akui agak selesa solo tetapi tidaklah sampai membuatkan saya tidak mahu kahwin. Rasa itu tetap ada cuma mungkin belum sampai jodoh.

“Sebagai persediaan, saya sudah pun menghadiri kursus pra-perkahwinan beberapa minggu lalu bersama dua orang rakan yang akan berkahwin tidak lama lagi,” ujarnya ketika ditemui ketika majlis penyerahan anugerah 2020 Mid Year JOOX Top Music Awards Top 5 Hits (Local) di pejabat Aries Music Sdn. Bhd., Cheras semalam.

Sufian menerima anugerah tersebut berikutan single miliknya berjudul Janji menjadi salah sebuah lagu tempatan yang paling banyak didengari di platform JOOX dari Januari hingga Jun 2020.

Tambah Sufian, 28, disebabkan melihat ramai rakan yang sudah mendirikan rumah tangga termasuk teman serumah ketika zaman belajar membuatkan dirinya tergerak untuk menghadiri kursus itu pada 15 Ogos lalu.

“Rakan-rakan di sekeliling sudah ramai berkahwin, cuma saya yang belum. Meskipun diri sendiri sudah bersedia tetapi perkara yang belum cukup sekiranya seseorang mahu berkahwin adalah dengan menjalani kursus.

“Kursus itu pun sebenarnya bukan sekadar untuk kita hadir kerana mahu kahwin sahaja tetapi sebahagian daripada majlis ilmu. Daripada bosan duduk di rumah kerana PKPP tanpa berbuat apa-apa, waktu itu saya fikir lebih baik ikut kawan-kawan. Boleh juga menambah ilmu agama yang pernah belajar dulu,” jelasnya. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN