fbpx

PRN Sabah peluang terbaik perbetul keputusan terdahulu – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin, pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri yang dihadiri wakil persatuan etnik dan badan bukan kerajaan (NGO) Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan bulan depan peluang terbaik bagi membetulkan keputusan terdahulu.

Beliau berkata keputusan terbaik terletak di tangan rakyat dan ia pastinya dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Selaku Perdana Menteri, saya bertanggungjawab agar urusan membina Malaysia menjadi sebuah negara maju, makmur dan berjaya. Itu adalah tanggungjawab saya, pimpinan negeri serta saudara saudari.

“Oleh itu, mungkin baik juga ada pilihan raya agar kita dapat betulkan sedikit keputusan dahulu. Rakyat Sabah harus berfikir sebaiknya ketika PRN kerana keputusan rakyat akan menentukan hala tuju Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri yang dihadiri wakil persatuan etnik dan badan bukan kerajaan (NGO) Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu Sabah tertinggal kerana negeri ini menjadi komponen penting negara.

“Namun saya berbesar hati apabila datang ke sini pagi tadi, saya disambut Ketua Menteri, sahabat baik saya nama dia Shafie. Sejak berzaman kami berjuang bersama-sama. Bagaimanapun, kerajaan pusat dan negeri perlu sehaluan, lebih-lebih lagi di Sabah yang masih memerlukan banyak perhatian daripada kedua-dua kerajaan.

“Dalam mentadbir negara sebaik mungkin kerajaan Pusat dan negeri mesti sama, sehati sejiwa. Saya tahu kerajaan Sabah ada sumber, Sabah kaya raya, banyak khazanah yang belum dibangunkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI