fbpx

Mourinho, Costa kembali bergabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COSTA melalui tempoh yang suram bersama Atletico apabila hanya meledak lima gol sepanjang musim lalu. – AFP

LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho sedang mencari jalan untuk membawa penyerang kegemarannya, Diego Costa kembali ke London.

Atletico Madrid dilaporkan telah meletakkan Costa di dalam senarai pemain yang akan dijual pada jendela perpindahan kali ini.

Costa sebelum ini berjaya membantu Chelsea merangkul kejuaraan Liga Perdana Ingge­ris pada musim 2014 dan 2017 di mana ketika itu Mourinho adalah pengurus The Blues.

Spurs ketika ini terdesak untuk menambah kekuatan jentera penggempur mereka dan gandingan Costa bersama Harry Kane mungkin membuatkan mereka lebih mantap serta digeruni.

Selain Costa, Spurs juga turut dikaitkan dengan perpindahan penyerang Bournemouth, Callum Wilson tetapi mereka memerlukan dana yang besar selepas The Cherries yang ter­singkir ke Liga Kejuaraan musim depan meletakkan nilai yang agak tinggi.

Masalah kewangan yang dihadapi menyebabkan Spurs mungkin memilih Costa sebagai alternatif selepas pemain itu berada pada tahun terakhir kontraknya di Madrid.

Bagaimanapun, Spurs masih mengutamakan kualiti terutama mengenai usia dan tahap kecergasan ketika Costa hanya meledak lima gol sahaja sepanjang musim lalu bersama Atletico dalam saingan La Liga selain bukan lagi pemain yang berada dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Diego Simeone.

Kehadiran Costa yang terkenal dengan perwatakan agresif akan mengubah imej Spurs kerana Mourinho sering mengkrtitik pasukannya yang dilihat agak ‘lembut’ serta menambahkan kekuatan pada jentera penggempur mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI