fbpx

3,216 penduduk Ambangan Heights disaring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seramai 3,216 orang atau 14.4 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk berjumlah 22,360 di tiga zon di Ambangan Heights, Amanjaya di sini telah disaring sehingga pukul 8 malam tadi.

Ujian saringan secara berperingkat itu dilakukan sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) pada kelmarin.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang berkata, semua penduduk di Zon Kenanga, Mawar dan Melor disaring di enam pusat pengambilan sampel Covid-19 yang dibuka di kawasan perumahan tersebut.

“Sebanyak dua pusat saringan ditempatkan di setiap zon dengan proses pengambilan sampel dijalankan bermula pukul 8 pagi sehingga 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, dua pusat saringan yang dibuka di Zon Kenanga iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ambangan Heights dan Surau Muhammad Al-Fateh; Zon Mawar di Surau Al-Ikhlas dan Surau An Nur manakala Zon Melor di Masjid Al-Imam An Nawawi dan Surau Salahuddin Al-Ayubi.

“Bagi tujuan tersebut, seramai 700 anggota kesihatan telah dimobilisasikan yang mana saringan dilaksanakan bermula semalam,” ujarnya.

Tambahnya, semua sampel saringan kemudiannya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak dan Sungai Buloh, Selangor.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI