fbpx

RON95, RON97 naik satu sen, diesel turun dua sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 naik satu sen seliter iaitu pada paras RM1.72 seliter daripada RM1.71 seliter berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 4 September depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyatan berkata, selain itu harga runcit petrol RON97 juga naik satu sen seliter iaitu pada paras RM2.02 seliter daripada RM2.01 seliter sebelum ini.

“Bagi harga harga runcit diesel pula turun dua sen seliter iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM1.78 seliter,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan berkata, harga runcit produk petroleum bagi tempoh tersebut berdasarkan penetapan secara mingguan menggunakan Mekanisme Harga Automatik.

Katanya, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuai bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI