fbpx

Penyokong Man City teruja sambut Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA depan Messi terus menjadi bualan hangat ketika ini selepas dia membuat keputusan meninggalkan Barcelona. – AFP

MANCHESTER – Penyokong-penyokong Manchester City mula rasa teruja selepas pasukan itu dikaitkan dengan pemenang enam kali Ballon d’Or, Lionel Messi.

Menghangatkan lagi keadaan, penyerang utama City, Sergio Aguero membuang nombor ‘10’ daripada nama profilnya di In­stagram, nombor sama yang digunakan Messi di Barcelona.

Justeru, keadaan itu dilihat sebagai bayangan kapten skuad antarabangsa Argentina semakin hampir menyarung jersi The Citizens musim depan.

City dianggap satu-satunya pasukan pilihan untuk mendapatkan Messi dengan pengaruh pengurus, Pep Guardiola yang pernah membimbing pemain itu di Barcelona.

Pada masa sama, spekulasi juga timbul apabila media antarabangsa mendakwa bapa Messi, Jorge sudah tiba di Manchester untuk melakukan rundingan.

Selain itu, pembantu Guardiola juga memuat naik status di media sosial mereka dengan menulis ‘kami sedia membuat Messi kembali tersenyum’.

Terdahulu, Messi menghantar surat memohon pelepasan daripada Barcelona apabila sudah tidak sebulu dengan pengurusan skuad The Catalans itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI