fbpx

Harris teruja ‘Malaysia Berjaya’ pada jersi Cardiff City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOGAN ‘Malaysia Berjaya’ menjadi penghias hadapan jersi baharu Cardiff City bagi saingan Liga Kejuaraan Inggeris 2020/2021.

Oleh MOHD FARIQ

PENGURUS Cardiff City, Neil Harris optimis perubahan slogan ‘Malaysia Berjaya’ di hadapan jersi pasukannya bukan sahaja menjadi sentimen penting buat Malaysia sebaliknya pembakar semangat skuad kendaliannya untuk berjaya dalam saingan Liga Kejuaraan England bagi musim 2020/2021.

Sebelum ini, pemilik Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan telah mengumumkan perubahan slogan yang diperkenalkan sejak 2011 iaitu ‘Visit Malaysia’ kepada ‘Malaysia Berjaya’.

NEIL HARRIS

 

Menurut Harris, perubahan slogan itu memberikan 1001 maksud tersirat selain menjadi pembakar semangat buat skuad kendaliannya selepas dikecewakan Fulham 2-3 secara agregat pada aksi playoff Liga Perdana Inggeris bulan lalu.

“(Perubahan slogan kepada ‘Malaysia Berjaya’) sangat unik dan kami sangat teruja mengenainya.

“Sudah pasti kami mahu ‘Berjaya’ pada musim baharu ini selepas terlepas peluang meraih slot playoff ke Liga Perdana Inggeris tetapi saya percaya Cardiff City akan memberikan yang terbaik pada musim baharu nanti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Vincent Tan mengharapkan pertukaran slogan itu akan memberikan tuah kepada pasukan yang menduduki tangga kelima selepas mengumpul 73 mata sepanjang 46 perlawanan.

“Sejak 2011, ‘Visit Malaysia’ adalah suatu kehormatan untuk membantu mempromosikan negara saya melalui bahagian depan jersi kami.

“Bagi musim 2020/21, slogan itu akan berbunyi ‘Malaysia Berjaya’, bukan sahaja merujuk kepada negara saya sebaliknya syarikat (Kumpulan Berjaya) yang saya tubuhkan pada tahun 1984 sehingga melepasi sempadan negara ke seluruh dunia hingga ke hari ini.

“Saya sangat bangga dengan negara saya dan Kumpulan Berjaya bahkan Berjaya adalah perkataan Malaysia untuk berjaya dan itu adalah sesuatu yang saya harapkan memberi dorongan untuk Harris dan pemain kami dalam kempen yang akan datang.

“Berjaya Malaysia: Kejayaan ke Malaysia dan Cardiff City,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI