fbpx

Taufan Laura hentam Amerika Syarikat, bawa ombak pemusnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OMBAK besar membadai sebuah jeti di bandar Galveston, Texas menjelang ketibaan Taufan Laura kelmarin. - AFP

WASHINGTON – Taufan Laura membadai negeri Louisiana di selatan Amerika Syarikat (AS) sebagai ribut kategori 4 hari ini dan mencetuskan amaran ‘peningkatan paras laut pada skala tiada yang akan selamat’, manakala beratus-ratus ribu penduduk di rantau menghadap Teluk Mexico dipindahkan.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) menyatakan, ribut ‘amat berbahaya’ itu membawa angin selaju 240 kilometer sejam dan ‘ombak pemusnah’ yang akan membawa kemusnahan besar ke negeri Lousiana dan Texas.

“Bertindak sekarang untuk menyelamatkan nyawa anda,” kata NHC dalam pengumuman di Twitter.

Imej satelit menunjukkan saiz Taufan Laura yang amat besar. Ribut itu tiba di daratan sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan), manakala rakaman televisyen menunjukkan hujan lebat membadai bandar tepi pantai Lake Charles dan angin kencang menumbangkan pokok-pokok.

Terdahulu, NHC memberi amaran bahawa Taufan Laura akan menyebabkan paras air laut meningkat setinggi 6 meter.

Peningkatan paras laut itu boleh menenggelamkan kawasan sejauh 64 kilometer dari pantai.

Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Texas, Greg Abbott memberi amaran bahawa kuasa Taufan Laura adalah di luar jangkaan dan menggesa penduduk mengelak daripada bahaya.

“Harta anda boleh diganti tetapi tidak nyawa anda,” kata Abbott.

Sementara itu, pasukan separa tentera Pengawal Kebangsaan berkata, pihaknya telah mengerahkan lebih 1,000 anggota di Texas bagi menghulurkan bantuan termasuk 20 pesawat dan lebih 15 pasukan perlindungan sementara.

Antara bandar yang berada dalam laluan ribut itudi mana penduduknya diwajibkan berpindah adalah Beaumont dan Port Arthur di Texas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI