fbpx

Warisan rayu rakyat Sabah pulang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

KUALA LUMPUR- Parti Warisan Sabah (Warisan) bersama sekutunya, Pakatan Harapan (PH) merayu rakyat Sabah untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini.

Pengerusi Tetap Warisan, Datuk Liew Vui Keong berkata, pilihan raya yang diadakan secara mengejut itu penting untuk membentuk kerajaan negeri yang stabil.

“Undi pos tidak akan dilaksanakan kepada warga Sabah di Semenanjung dan Sarawak yang bukan dalam kategori anggota keselamatan, jadi penting untuk mereka pulang ke daerah masing-masing untuk mengundi.

“Saya diberitahu kita ada 300,000 penduduk Sabah yang berada di Semenanjung, namun kita tidak mempunyai jumlah yang layak mengundi.

“Tetapi kami jangkakan separuh daripada jumlah itu berdaftar sebagai pengundi,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata, hanya 3,000 pengundi baharu berjaya didaftarkan.

“Kita mempunyai 1.117 juta pengundi pada 2018, dan saya dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), bahawa penambahan undi baharu hanya dalam lingkungan 3,000 pengundi baharu.

“SPR menyatakan mereka tidak menjangka PRN Sabah akan diadakan dalam tempoh dua bulan ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Vui Keong berkata, Warisan telah menubuhkan satu biro untuk mengendali isu harga tiket penerbangan bagi memudahkan perjalanan pulang warga Sabah ke negeri itu.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI