fbpx

Mustahil Messi sarung jersi Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kanan) tidak akan mengulangi sejarah kontroversi pernah dilakukan Figo yang berhijrah menyertai Real Madrid daripada musuh tradisi, Barcelona pada 20 tahun lalu. – AFP

BARCELONA – Legenda Real Madrid, Luis Figo yakin bintang Barcelona, Lionel Messi tidak mungkin akan mengikut jejak langkahnya yang pernah menya­rung jersi kedua-dua kelab itu.

Figo, 48, pernah beraksi bersama Barcelona dengan menja­ringkan 45 gol daripada 249 perlawanan dari 1995 hingga 2000 sebelum membuat kontroversi berhijrah menyertai Real yang merupakan musuh tradisi The Catalan pada Julai 2000.

Bekas kapten Portugal itu juga menegaskan, tiada mana-mana pasukan termasuk Real sanggup membayar klausa perpindahan tinggi bernilai €700 juta (RM3.45 bilion) yang diletakkan Barcelona dalam kontrak Messi.

“Mustahil Messi akan meng­ulangi apa yang telah saya lakukan 20 tahun lalu. Malah, harga itu bukan sesuatu yang mampu dibayar oleh mana-mana pasukan di dunia.

“Klausa perpindahan Messi sangat tinggi. Buat masa ini, saya tidak nampak ada pasukan yang mampu menebus kontrak Messi apatah lagi dalam situasi kewa­ngan kebanyakan pa­sukan terje­jas disebabkan pandemik Co­vid-19,” kata Figo.

Masa depan Messi, 33, di Camp Nou menjadi tanda tanya selepas pemenang enam Ballon d’Or itu mempersoalkan kredibiliti Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu.

Kapten skuad antarabangsa Argentina itu turut dikritik hebat kerana gagal membantu The Cata­lan memenangi sebarang tro­fi untuk saingan 2019/2020 sekali gus memberi bayangan dia bakal berhijrah menyertai pasukan baharu musim depan.

Sebagai rekod, tiga pasukan pernah dikaitkan mahu membeli Messi musim depan iaitu Paris Saint-Germain, Inter Milan dan Manchester City. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI