fbpx

Mohd. Khairuddin akan disiasat -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Siasatan menyeluruh dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang telah melanggar perintah kuarantin selepas pulang dari Turki.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang dan tidak ada sesiapa pun akan terkecuali.

“Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (Mohd. Khairuddin) setelah beliau pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

“Sehubungan itu, saya serahkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan bagi menjalankan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mohd. Khairuddin tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari lawatan tidak rasmi di Turki pada 3 hingga 7 Julai lalu.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai.

Bagaimanapun, ujian Covid-19 yang dilakukan sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur daripada lawatan rasmi itu disahkan negatif. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI