fbpx

Lebih 36,000 pelajar dapat biasiswa Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebih 36,000 pelajar yang berada di institut pengajian tinggi menikmati manfaat daripada Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) yang diperkenalkan sejak tahun 1975.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Arthur Joseph Kurup berkata, program membabitkan peruntukan melebihi RM3 bilion itu turut memberi manfaat kepada 25,456 pelajar dari Sabah dan Sarawak.

“Daripada jumlah itu, seramai 12,641 pelajar dari Sabah menerima PESP dengan peruntukan RM213.11 juta, manakala 12,815 pelajar Sarawak dengan dana RM411.66 juta.

“Bagi tempoh 2010 hingga 2019 pula, seramai 3,426 pelajar menerima PESP dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM874 juta,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Awang Husaini Sahari (Putatan-PH) yang mahu mengetahui peratusan pelajar Sabah dan Sarawak mendapat biasiswa Petronas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI