fbpx

Siapa hebat, Misha Omar atau Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

Sejak kebelakangan ini, ramai artis yang menyanyikan semula lagu penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Aku Bidadari Syurgamu.

Mereka termasuklah Misha Omar dan Aina Abdul yang turut memuat naik video nyanyian dalam akaun media sosial masing-masing.

Namun, apa yang tidak menggembirakan hati Diva adalah ada netizen yang membandingkan nyanyian mereka.

 

 

Ada yang cakap nyanyian Misha lebih baik berbanding Aina yang kelihatan terlalu bersungguh menjadikan lagu itu menjadikan seperti versinya.

Kata mereka, nyanyian Misha lebih bersahaja dan tidak perlu melontarkan vokal terlalu tinggi hanya untuk nampak hebat.

Tak sangka pula Diva yang netizen akan membanding artis walaupun hanya menyanyikan lagu saduran. Rasanya tak perlu, sebab masing-masing ada gaya nyanyian tersendiri.

Misha atau Aina, kedua-duanya ada kekuatan vokal. Diva rasa tak payahlah nak menjadi batu api dan mengutuk nyanyian sesiapa. Apa kata kita dengar dan gembira sahaja dengan apa sahaja yang diberikan, cuma kalau nyanyian artis itu terlalu sumbang, eloklah jangan menyanyi langsung.

DIVA: Tak sabar hendak menonton rancangan Immortal Songs. Katanya Ernie Zakri bersaing dengan tunangnya sendiri, Syamel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI