fbpx

PSG lawan setaraf Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVIES (kanan) berjaya mengunci pergerakan penyerang Lyon, Memphis Depay (kiri) daripada melakukan banyak percubaan berbahaya pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam. – AFP

LISBON – Bek kiri Bayern Munich, Alphonso Davies menjangkakan pertemuan final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium Da Luz awal pagi Isnin ini sebagai aksi buku bertemu ruas.

The Bavarians berjaya me­langkah ke pentas final selepas menewaskan kelab Liga Perancis, Olympique Lyon pada aksi separuh akhir dengan kemenangan 3-0 di Stadium Jose Alvalade awal pagi semalam.

Davies, 19, menganggap Ba­yern dan PSG sememangnya layak ke pentas final kerana kedua-dua pasukan mempamerkan aksi corak menyerang yang luar biasa sepanjang kempen Liga Juara-Juara.

“Ini adalah pengalaman luar biasa selepas berjaya mara ke pentas final dan semua pemain bekerja keras untuk memastikan misi pasukan menjadi realiti.

“Mungkin ada beberapa pemain senior kami pernah melalui pengalaman beraksi di pentas final tetapi mereka masih lagi dahagakan kejayaan dan akan mempamerkan aksi terbaik nanti.

“Apa yang pasti, ujian sebenar kami adalah aksi bertemu PSG nanti yang saya jangka bakal berlangsung dengan cukup sengit. Sudah tentu banyak gol akan terhasil nanti,” katanya.

Davies dianggap sebagai salah seorang bintang baharu Bayern yang semakin menyinar dan kini mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pemain antarabangsa Kanada pertama bakal membuat penampilan di pentas final Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI