fbpx
Seorang peniaga kedai makan, Yazid Hassan menunjukkan notis arahan daripada MPKK yang dilekatkan di kedainya di Sungai Karangan, Kulim.

MPKK pantau operasi perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) akan memastikan semua premis perniagaan di empat mukim daerah itu mematuhi arahan penguatkuasaan baharu membendung penularan Covid-19 yang ditetapkan termasuk masa operasi hingga pukul 8 malam.

Empat mukim tersebut adalah Mukim Padang Meha, Mukim Padang Cina, Mukim Keladi dan Mukim Karangan.

Yang Dipertuanya, Dr. Nadzman Mustaffa berkata, pemantauan akan dilakukan di kawasan premis perniagaan bagi memastikan peniaga mematuhi setiap penguatkuasaan baharu yang ditetapkan itu.

“Semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 8 malam sahaja kecuali stesen minyak, klinik perubatan swasta, pasar borong, kilang dan industri yang mempunyai kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, semua kedai makan dan restoran pula hanya dibenarkan menjual secara bungkus, servis penghantaran makanan atau pandu lalu sahaja.

“Beberapa pasar juga diarahkan untuk ditutup sementara antaranya di Taman Mutiara, Kelang Lama, Sungai Karangan, Merbau Pulas dan Taman Desa Aman,” ujarnya.

Menurut Nadzman, pihaknya juga mengambil keputusan menutup sementara Stadium Mini Keladi bagi sebarang aktiviti sukan dan rekreasi.

Tambahnya, MPKK mewajibkan pengusaha premis untuk menggunakan aplikasi MySejahtera bagi mendaftar dan mengawal kemasukan pelanggan dan pelawat. – K! ONLINE

POPULAR