fbpx

JBPM Sarawak diarah teliti bina balai bomba di Julau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang pada program Kenduri Rakyat Prihatin di Kampung Bukit Kapar, Klang, hari ini. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak meneliti semula pembinaan balai bomba kategori E di Julau.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya sebelum ini mendapati kawasan pedalaman itu tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan bagi pembinaan tersebut.

“Kementerian memang telah mengenal pasti 118 lokasi balai bomba kategori E itu namun ia tidak termasuk kawasan Julau.

“Bagaimanapun, kita bersedia memberi kelonggaran itu dan mengarahkan JBPM turun padang untuk melihat keperluan membina balai tersebut,” katanya ketika ditemui pada program Kenduri Rakyat Prihatin di Kampung Bukit Kapar di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan beberapa portal yang melaporkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Julau mendesak Zuraida menunaikan janji membina 108 balai bomba kategori E di pedalaman Sarawak bagi memastikan kes kebakaran di kawasan itu dapat ditangani dengan lebih efektif.

Ketua Wanitanya, Angela Baca memaklumkan siri kejadian kebakaran sentiasa menjadi igauan penduduk di kawasan pedalaman kerana bimbang insiden tersebut menimpa mereka.

Ujar Zuraida, perkara seumpama itu tidak perlu dipolitikkan kerana beliau telah dua kali menjawabnya pada sidang Parlimen.

“Saya telah memberi penjelasan mengenainya sebelum ini dan beliau (Angela) dilihat seolah-olah
cuba berpolitik,” katanya.

Pada Mei lalu, media melaporkan JBPM mahu mewujudkan balai bomba kategori E khusus untuk kawasan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak termasuk kawasan pulau yang sering kali menghadapi musibah kebakaran.

Langkah mewujudkan kategori baharu balai bomba itu adalah usaha mempercepatkan tindakan sekiranya berlaku sebarang kebakaran di kawasan yang berjauhan dari balai bomba sedia ada. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI