fbpx

AFC kaji semula tarikh kejuaraan B-19 sebab pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAUL menjelaskan badan pengelola liga negara masing-masing mempunyai pendekatan tersendiri selepas mengambil kira keperluan terhadap sebarang keputusan membabitkan kepentingan semua rakan kongsi.

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) tidak menolak kemungkinan akan menunda kejohanan Kejuaraan AFC Bawah 19 tahun (B-19) di Tashkent, Uzbekistan yang dijadualkan berlangsung pada 14 hingga 31 Oktober depan kepada satu tarikh baharu.

Bagaimanapun, situasi itu bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19 di negara tuan rumah dan juga negara-negara yang bertanding.

Setiausaha Agung AFC, Windsor Paul John berkata, pihaknya sentiasa memantau perkemba­ngan terkini dan keputusan pa­ling awal mengenai kejohanan itu sama ada ditangguhkan atau sebaliknya akan diketahui penghujung Ogos atau September.

“Mesyuarat AFC esok (hari ini) bukan sahaja membincangkan mengenai kejohanan B-19, tetapi melibatkan semua kejohanan termasuk penukaran tarikh Piala Dunia.

“Ia mesyuarat biasa untuk memaklumkan maklumat terkini kepada ahli jawatankuasa pertan­dingan tentang perkembangan terkini selain mendapatkan pandangan berhubung kejohanan yang dianjurkan dalam keadaan pandemik Covid-19.

“Buat masa ini tiada (keputusan) tetapi kita sentiasa memantau situasi terkini kerana kes Covid-19 ini berbeza setiap hari di setiap negara termasuk negara tuan rumah.

“Sudah pasti keputusan terbaik akan dibuat demi kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI