fbpx

Tun M pun ada akaun TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Tun M dalam salah satu video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Tidak hanya aktif di Twitter, Facebook dan Instagram, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya tidak mahu kalah dengan anak muda apabila kini sudah mula berjinak-jinak dengan aplikasi TikTok.

Menerusi akaun chedetofficial, Ahli Parlimen Langkawi itu memuat naik video pertamanya pada 5 Ogos lalu dan video kedua, petang semalam.

Walaupun baru dua video yang dimuat naik menerusi aplikasi itu, Mahathir kini sudah mempunyai seramai 82,600 pengikut yang kebanyakannya terdiri daripada remaja dari Malaysia dan luar negara.

Video pertamanya dirakam bersama isteri, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali yang memaparkan pasangan itu sedang beraksi untuk rakaman foto yang kemudian mengimbas kembali rakaman foto ketika mereka muda dengan tajuk ’64 and still going strong’ bersama tanda pagar #LoveStory.

Rakaman pertamanya itu meraih 242,500 tanda suka, 4,944 komen dan dikongsi oleh 9,934 pemilik akaun TikTok.

Manakala, rakaman kedua pula bertajuk ‘Photoshoot Like A Model’ yang memaparkan tujuh keping foto beliau bergaya dengan sut lengkap dan jaket Harimau Malaya.

Tinjauan Kosmo! di akaun aplikasi milik Mahathir itu mendapati, rata-rata pengikutnya terkejut dengan penampilan bekas Perdana Menteri itu di TikTok.

Salah seorang pemilik akaun, IM ARMY turut meluahkan rasa terkejut menerusi komennya, “Wow, Tun sekarang dah ada TikTok. Tun jaga diri baik-baik okay,”.

Manakala, pemilik akaun, Alan pula menerusi komennya: “So Sweet Tun”.

Tidak hanya rakyat Malaysia, ada pemilik akaun dari luar negara yang turut mengikuti Mahathir termasuk dari termasuk Bangladesh, Kazakhstan dan Indonesia.

Pemilik akaun dari Kazakhstan, Elya menerusi komennya berkata: “I’m not Malay but we love you and respect u. Greeting from Kazakhstan”. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI