fbpx

Vettel yakin masih ada peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL masih gagal menemui rentak terbaik musim ini menyebabkan prestasinya semakin merudum. – AFP

BARCELONA – Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menafikan dakwaan bahawa dia akan me­ninggalkan pasukan itu lebih awal dan tidak akan menyelesaikan perlumbaan musim ini.

Ia berikutan masalah pres­tasinya yang dilihat semakin teruk sekali gus menimbulkan spekulasi ‘jodohnya’ bersama pasukan yang berpangkalan di Maranello hampir menemui penghujung.

Juara dunia empat kali itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Racing Point dan Renault selepas Ferrari sudah mengesahkan tempatnya bakal diambil oleh Sergio Perez musim depan.

Pelumba Jerman itu sebaliknya menegaskan, dia gembira bersama pasukan Itali tersebut dan menolak sebarang spekulasi mengenai masa depannya.

“Saya berada di tempat yang membuatkan saya gembira. Saya suka untuk bersaing di kelompok depan dan berasa mampu menjuarai perlumbaan.

“Musim ini agak sukar dengan pakej dan kemampuan yang kami ada,” katanya.

Vettel juga menolak andaian yang Ferrari akan menamatkan kontraknya lebih awal.

“Mengenai kontrak, saya tidak tahu, saya tak rasa Ferrari akan bertindak sedemikian. Kami tidak pernah melakukan sebarang perjanjian mengenai perkara ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI