fbpx

Ancaman karier Seolhyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEOLHYUN

SELEPAS namanya terkait kontroversi kes buli membabitkan rakan sekumpulan, penyanyi Seolhyun kini berdepan ancaman bakal digugurkan daripada drama terbaharu lakonannya.

Drama terbitan tvN lakonan Seolhyun berjudul Night and Day itu dijangka menemui penonton pada hujung tahun ini.

Menerusi Night and Day yang masih dalam penggambaran, Seolhyun memegang watak sebagai pegawai polis di Agensi Polis Metropolitan Seoul bernama Gong Hye-won.

Memberi respons terhadap ancaman yang diterima, satu sumber daripada pasukan produksi drama tersebut memberitahu, setakat ini tiada tindakan akan diambil terhadap perkara tersebut.

“Kami akan meneruskan kerja seperti yang sudah dirancang. Melainkan jika pelakon itu sendiri yang mahu mengundurkan diri daripada drama ini.

“Jika tidak, tiada sebarang perubahan akan kami lakukan,” ujarnya.

Julai lalu, salah seorang anggota kumpulan AOA, Mina mendedahkan menjadi mangsa buli rakan sekumpulannya iaitu Jimin selama 10 tahun sejak bergelar artis.

Namun, beberapa nama ahli lain termasuk Seolhyun dikatakan turut terlibat dalam kes buli itu sebagai individu yang bersekongkol dengan Jimin.

Hasilnya, pengguna laman sosial menyuarakan perasaan tidak puas hati dan meminta penerbit drama menggugurkan Seolhyun daripada membintangi naskhah Night and Day.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI