fbpx

Wanita maut kereta terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam Sungai Pari di Ipoh pagi tadi.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Sebuah kereta jenis Proton Iswara dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Pari di Jalan Salidin dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, kereta tersebut dinaiki dua wanita yang juga pasangan ibu anak berketurunan India berusia antara 30 hingga 60 tahun.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.26 pagi daripada orang awam.

Menurut beliau, sepasukan anggota bersama jentera dari BBP Ipoh kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati sebuah kereta Proton Iswara berada di dalam Sungai Pari.

“Terdapat sorang mangsa terperangkap di dalam kereta tersebut manakala seorang lagi yang dipercayai anak mangsa telah berjaya keluar sendiri,” ujarnya.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dan membawa naik ke tebing.

Mangsa telah diberikan bantuan pernafasan oleh anggota paramedik daripada Hospital Raja Perempuan Bainun sebelum mengesahkan warga emas itu telah meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.30 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI