fbpx
Kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi ASX yang terbakar sepenuhnya dalam nahas tiga kenderaan berhampitan masjid di Kampung Pahi, Kuala Krai pagi tadi.

Tiga maut nahas membabitkan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI – Tiga maut dalam nahas yang melibatkan tiga buah kenderaan berhampiran Masjid di Kampung Pahi di sini pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Krai, Che Razak Che Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul pukul 4.54 pagi.

Katanya, nahas tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori dengan sebuah ke kenderaan utiliti sukan ( SUV) jenis Mitsubishi ASX dan kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, SUV jenis Mitsubishi ASX telah terbakar sepenuhnya dan dua mangsa wanita di dalam kenderaan tersebut didapati selamat.

“Tiga mangsa yang berada di dalam Mitsubishi Triton pula maut manakala dua lagi masih tersepit dalam kenderaan itu namun berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Che Razak, mangsa yang tersepit itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE.