fbpx

Pengarah syarikat,ejen ditahan pecah amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurulhuda

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KLANG – Seorang pengarah dan ejen jualan rumah diberkas polis kelmarin selepas bersubahat dengan kes pecah amanah berjumlah RM60,094.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 33 tahun itu masing-masing diberkas di Taman Meru, Meru dan Shah Alam bersama satu kad pengeluaran wang automatik (ATM) milik salah seorang daripadanya.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan pengarah syarikat telah mengarahkan firma guaman membayar komisen hasil daripada perjanjian jual beli dan pinjaman perumahan.

“Semakan mendapati perjanjian dan pinjaman itu bagi tempoh enam bulan iaitu bermula Januari hingga Jun lalu.

“Melalui perjanjian itu, wang berjumlah RM 60,094 dimasukkan ke dalam akaun sebuah bank milik seorang lagi suspek yang berperanan sebagai ejen jualan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, transaksi itu menyebabkan pengadu yang merupakan seorang lagi pengarah di syarikat sama mengesyaki berlakunya pecah amanah sebelum membuat laporan polis.

“Wang itu sepatutnya dibayar kepada pihak syarikat sebaliknya ia disalurkan kepada ejen berkenaan.

“Semakan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut seksyen 409 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI