fbpx

MBSA diarah buat pemutihan peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khairuddin (berdiri, tiga dari kanan) menyaksikan beberapa artis menandatangani dokumen menyokong penganjuran Selangor XTIV Virtual Youth Busking 2020 di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, hari ini

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

SHAH ALAM -Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarahkan untuk membuat proses pemutihan dengan membantu peniaga di kawasan Sungai Buloh dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Belia dan Sukan dan Insan Negeri Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, proses pemutihan peniaga itu termasuklah berkaitan isu peniaga tidak ada lesen dan struktur premis peniaga yang perlu memenuhi peraturan yang ditetapkan MBSA.

“Kita memberi jaminan MBSA akan membantu peniaga termasuk meluluskan lesen perniagaan mereka.

“Ini adalah keputusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor yang diadakan hari ini,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran Selangor Xtiv Virtual Youth Busking 2020 di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras berkata, berikutan itu MBSA akan membuka kaunter bergerak di Bandar Baru Sungai Buloh bagi membantu peniaga di kawasan itu untuk meluluskan lesen.

Bagaimanapun, beliau menegaskan semua peniaga perlu mengemukakan dokumen lengkap supaya urusan meluluskan lesen berjalan lancar.

“Saya memberikan keyakinan kepada peniaga di sekitar Paya Jaras bahawa kita tidak akan menyekat perniagaan mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin berkata, sebelum ini MBSA ada menghantar laporan operasi berkaitan peniaga warga asing dan serbuan berhubung premis perniagaan di sekitar kawasan tersebut.

“Namun, mereka memaklumkan bahawa kegiatan sindiket judi haram sukar dijejaki.

“Bagaimanapun, kita berharap agensi penguat kuasa perlu lebih bekerjasama dan melakukan operasi dengan lebih kerap di kawasan saya selepas ini,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI