fbpx

Hazani dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah baharu.

Beliau mengambil alih jawatan terbabit daripada Datuk Zaini Jass yang bakal berpindah ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran berkenaan difahamkan akan berkuat kuasa pada 14 September depan.

Sementara itu, Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Datuk Ahmad Fuad Othman bakal dilantik menggantikan Datuk Hazani sebagai Komander ESSCOM baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI