fbpx

Tanah runtuh di kawasan tanaman teh ragut 43 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA penyelamat mencari mangsa hilang dalam kejadian tanah runtuh di Pettimudy, negeri Kerala pada Sabtu lepas. - AFP

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 43 mayat ditemui selepas tanah runtuh akibat hujan lebat  menimbus berpuluh-puluh pekerja ladang teh di barat daya India, kata polis kelmarin.

Bencana itu berlaku di daerah Idukki, sekitar 250 kilometer dari ibu negeri Kerala,  Thiruvananthapuram, pada Jumaat lalu, namun usaha mencari dan menyelamat sukar akibat hujan lebat.

“Angka korban meningkat kepada 43 orang setakat tengah hari kelmarin,” kata Ketua Polis Daerah Idukki, R. Karuppasamy.

Terdahulu, seorang pegawai polis memberitahu bahawa 26 mayat dijumpai pada malam hari kejadian.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 78 orang dipercayai tinggal di kawasan itu dengan ramai lagi masih hilang.

Kerala dilanda banjir semasa musim monsun yang berlaku setiap tahun.

Sekurang-kurangnya 18 orang meninggal dunia dalam tragedi pesawat terhempas di Kerala, Jumaat lepas, apabila sebuah penerbangan Air India Express tergelincir dari landasan lalu merempuh sebuah tebing semasa cuba mendarat dalam cuaca ribut. 

Hujan monsun di serata Asia Selatan penting untuk memenuhi sungai dan takungan air bawah tanah tetapi ia turut menyebabkan kematian dan kemusnahan meluas.

Lebih 300 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di timur serta timur laut India, Bangladesh dan Nepal dalam beberapa minggu kebelakangan ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI