fbpx

Lelaki cedera mata kail tersangkut ibu jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba terpaksa menggunakan playar untuk membantu mengeluarkan mata kail yang tersangkut pada ibu jari seorang lelaki di Batu Kawan, hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki cedera selepas ibu jari kirinya tersangkut sebentuk mata kail dipercayai ketika sedang memancing hari ini.

Kejadian itu berlaku pagi tadi di sebuah lokasi di Batu Kawan, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Sampai di lokasi, memang terdapat seorang mangsa iaitu seorang lelaki berusia 47 tahun sedang mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik di situ,” katanya.

Tambah jurucakap itu, bomba terpaksa menggunakan peralatan seperti playar untuk membantu mengeluarkan mata kail tersebut daripada ibu jari lelaki berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI