fbpx

Meret masuk senarai buruan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERET dilihat calon sesuai untuk dibawa ke Old Trafford ketika United berdepan kemungkinan hilang penjaga gol mereka. – AFP

MANCHESTER – Manchester United menamakan penjaga gol Napoli, Alex Meret sebagai pemain buruan mereka sekiranya dua penjaga gol mereka, David De Gea dan Dean Henderson membuat keputusan meninggalkan kelab itu.

Pihak pengurusan United dilaporkan bercadang untuk menggantikan De Gea yang dilihat berdepan masalah prestasi sejak kebelakangan ini.

Selepas menandatangani kontrak baharu selama enam tahun yang cukup lumayan, pemain antarabangsa Sepanyol itu kerap melakukan kesilapan mudah menyebabkan prestasinya menjunam dan dikritik hebat.

Masalah prestasi yang melanda penjaga gol utama mereka itu menyebabkan ada cadangan untuk membawa pulang Henderson yang dipinjamkan selama dua musim untuk Sheffield United dan telah mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukan itu.

Bagaimanapun, Henderson memberi syarat bahawa dia ha­nya akan pulang ke Old Trafford sebagai penjaga gol utama dan enggan memanaskan bangku simpanan.

Selain itu, Sergio Romero yang terus bertindak sebagai penjaga gol pada saingan lebih rendah mungkin sudah bosan dengan peranan yang diberikan.

Beberapa situasi tersebut menyebabkan United mengambil langkah untuk mendapatkan Meret, 23, sebagai pemain yang berpotensi untuk dibawa ke Old Trafford.

Meret menyertai skuad kebangsaan Itali sejak beraksi dalam saingan peringkat umur sehingga skuad senior.

Dia telah membuat debut bersama skuad utama pada November 2019 ketika pasukan itu menewaskan Armenia 9-1 pada aksi kelayakan Euro 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI