fbpx

Ernie, Kak Lina Pom Pom pakai lagu Aina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL. Foto MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer muda, Aina Abdul mendedahkan akan berkolaborasi dengan penyanyi, Ernie Zakri menerusi sebuah single yang akan dilancarkan kelak.

Kata Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, kerjasama tersebut bukanlah kolaborasi paduan vokal seperti yang diharapkan ramai.

“Melodi dan lirik lagu tersebut merupakan ciptaan saya dan Ernie. Bagaimanapun, akan dinyanyikan sepenuhnya oleh Ernie. Boleh dikatakan, lagu ini lagu pertama yang saya tulis dan berkolaborasi dengan orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Aina turut memberitahu bahawa versatil, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom juga akan merakamkan lagu ciptaannya.

“Kak Lina (Elly Mazlein) selalu cakap pada saya yang dia inginkan lagu Semalam 2.0. Jadi, saya berikan lagu yang dia mahukan.

“Insya-Allah, boleh kata dua lagu ini antara yang terawal saya beri peluang untuk orang lain nyanyikan. Sedikit demi sedikit. Kita tengok penerimaan pendengar nanti bagaimana,” ujar Aina, 27.

Aina juga sudah merakamkan dua single terbaharunya yang bakal dilancarkan serentak tidak lama lagi. Katanya, dua single tersebut saling berkaitan antara satu sama lain.

“Ada dua lagu yang sudah saya rakamkan iaitu lagu berentak balada pop dan R&B pop,” katanya.

Terdahulu, Aina mencipta pengaruh besar menerusi lagu ciptaan sendiri, Sumpah yang melayakkan dirinya bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 pada Februari lalu.

– K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI