fbpx

Bagnaia tarik diri aksi di Brno

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA terpaksa menarik diri daripada aksi GP Republik Czech selepas mengalami kecederaan ekoran kemalangan pada sesi latihan bebas kelmarin. – AFP

BRNO – Pelumba Pramac Ducati, Francesco Bagnaia terpaksa melupakan perlumbaan Grand Prix (GP) Republik Czech selepas mengalami kecederaan patah tulang tibia kaki kanan apabila terjatuh pada sesi latihan pertama kelmarin.

Pelumba Itali itu dilihat gagal mengawal jentera dengan baik pada selekoh pertama Litar Brno sebelum terjatuh dan dikejarkan ke Hospital Universiti Brno.

Bagnaia yang mengalami kecederaan parah pada kaki kanannya tidak akan menyertai perlumbaan hari ini dan dijangka terlepas perlumbaan seterusnya di Red Bull Ring, Austria minggu depan.

Pengurus pasukan Pramac Racing, Francesco Guidotti berkata, anak buahnya itu sedang menjalani pemeriksaan lanjut dan menarik diri pada perlumbaan di Brno.

“Sekarang dia (Bagnaia) sedang menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan selepas itu kita akan tahu lebih lanjut. Sudah pasti dia tidak akan beraksi di sini (Brno).

Kemungkinan perlumbaan di Austria juga tipis buat Bagnaia untuk meneruskan perlumbaan.

“Bagi memastikan tidak ada berita palsu dan salah faham, kami akan menunggu hasil MRI serta jawapan daripada pakar mengenai tahap kecederaan yang dialami Bagnaia,” kata Guidotti

Juara dunia Moto2 musim lalu itu tampil cemerlang dalam kelas premier tahun ini apabila hampir menaiki podium di Jerez, namun jenteranya mengalami masalah menyebabkan dia kempunan meraih kejayaan.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI