fbpx

Penduduk Sanglang buat saringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Sanglang hadir melakukan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang hari ini

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

ARAU – Penduduk Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul di Sanglang hadir menjalani saringan Covid-19 bagi Kluster PUI Sivagangga di Klinik Kesihatan Kuala Sanglang dekat sini hari ini.

Tinjauan di klinik tersebut mendapati kira-kira 30 petugas kesihatan yang lengkap memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) telah membuat persiapan sejak pukul 8 pagi.

Bagaimanapun, orang ramai dilihat hadir membuat saringan kira-kira pukul 10.30 pagi selepas hebahan dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia menggunakan alat pembesar suara di dua kampung terlibat.

Turut kelihatan di kawasan itu beberapa anggota polis yang membuat kawalan di sekitar pusat saringan yang dibuka sehingga pukul 2 petang.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis membuat nyah kuman di dua buah sekolah yang berada dalam radius kawasan berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang.

Pengarah Pendidikan Negeri, Naharudeen Othman berkata, dua buah sekolah itu akan ditutup selama seminggu bermula Isnin depan berikutan guru sekolah berkenaan menerima arahan untuk menjalani perintah kuarantin di rumah.

Pada semalam, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengesahkan 11 kes positif Covid-19 di negeri ini termasuk 10 kes baharu.

Kesemua pesakit termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan masing-masing seorang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit pertama daripada Kluster Sivagangga di negeri ini.

Susulan itu, seramai 872 orang penduduk di Kampung Kuala Sanglang dan Kampung Tanah Timbul diminta membuat ujian saringan Covid-19.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI