fbpx

Paya Sepayang hub benih padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
padi
Gambar hiasan

ROMPIN – Paya Sepayang di daerah ini akan menjadi pusat pengeluaran benih padi pertama di Pahang bagi mengatasi isu kelewatan benih padi sekaligus membantu membangunkan industri jelapang padi negeri ini.

Pegawai Pertanian Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Rompin, Hasreana Ramli berkata, kawasan seluas 280 hektar itu dilihat bersesuaian kerana terletak agak terpencil yang memudahkan pembangunan zon pemampan atau ‘buffer zon’.

“Kita mencadangkan kawasan ini untuk pengeluaran benih sebab boleh dikatakan sejak kebelakngan ini kita selalu menghadapi masalah tempahan benih kerana mereka (pembekal benih) memberi keutamaan kepada kawasan setempat mereka dahulu.

“Kalau jadi (pusat pengeluaran benih padi) ia akan menjadi yang pertama di Pahang, sekarang ini kita dapatkan benih daripada Terengganu, Selangor dan kilang benih Jelapang Selatan, Johor,”katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Menurutnya, perincian mengenai cadangan berkenaan masih belum dimuktamadkan namun kawasan Paya Sepayang dicadangkan berdasarkan kepada kesesuaiannya yang dapat dibina zon pemampan.

“Jumlah pesawah yang akan terlibat dengan projek tersebut serta prosedur baharu yang perlu diikuti juga belum diperolehi perinciannya,”jelasnya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI